Agong percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awal
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi serta tumpuan mencapai sasaran jangka pendek dan panjang.
Jangan cepat terleka, puas hati terhadap usaha kekang COVID-19, titah Agong
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengingatkan agar semua pihak tidak cepat terleka dan berpuas hati dalam usaha mengekang COVID-19 di negara ini.
Pendekatan baharu tangani isu harga ayam
PUTRAJAYA, 13 Sept — Satu pendekatan baharu dilaksanakan bagi menangani isu kenaikan harga ayam dengan membabitkan pengeluaran surat pemberitahuan kepada peniaga peringkat borong dan runcit untuk mengadakan libat urus bersama pengeluar dan penternak ayam di lokasi atau lokaliti berlakunya kenaikan harga.
Agong nasihat semua pihak amalkan demokrasi bermusyawarah
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan semua pihak supaya mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan.
Agong seru kerajaan percepat pemulihan ekonomi menerusi dasar mesra perniagaan, pelaburan
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menyeru kerajaan mempercepatkan pemulihan ekonomi menerusi penggubalan dasar-dasar mesra perniagaan dan pelaburan bagi meningkatkan daya saing negara.