40.8% populasi Malaysia lengkap dua dos vaksin

SEBANYAK 40.8 peratus populasi keseluruhan di Malaysia atau 13,315,774 orang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 setakat Isnin, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).
Singapura tawar pesawat pengangkutan kepada AS bawa keluar warganya dari Afghanistan

SINGAPURA, 23 Ogos — Singapura menawarkan kepada Amerika Syarikat penggunaan pesawat Pengangkutan Tangki Pelbagai Peranan (MRTT) A330 milik Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) untuk membawa keluar rakyat Amerika dari Afghanistan.
Kes pemerdagangan manusia: Dua individu dihadapkan ke mahkamah esok

SEREMBAN, 23 Ogos — Dua individu, seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, dekat sini, esok.
Wong Soon Koh perlu henti bermain politik – Fazzrudin

KUCHING: Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh digesa untuk berhenti bermain politik dan usah lagi menyalahkan pihak lain atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) sendiri, tegas Timbalan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fazzrudin Abdul Rahman.
KPDNHEP laksana Op Samar kesan pelanggaran SOP PPN

PUTRAJAYA, 23 Ogos — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melaksanakan Op Samar yang melibatkan pemeriksaan lebih 2,000 anggota penguatkuasanya termasuk secara penyamaran sebagai pelanggan di premis perniagaan untuk mengesan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Covid-19 : Thailand cadang laksana pengesanan kes aktif besar-besaran di pasar segar

BANGKOK, 23 Ogos — Thailand bercadang melaksanakan pengesanan kes aktif secara besar-besaran di semua pasar segar di Bangkok dan di kawasan yang dikategorikan ‘zon merah gelap’, bagi membendung penularan wabak COVID-19.
Pemandu Proton Preve rempuh enam motosikal serah diri

LUMUT, 23 Ogos — Pemandu kereta Proton Preve yang melarikan diri selepas merempuh enam motosikal di kilometer (KM) 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan Sabtu lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, hari ini.
Pengurus pusat hiburan dan tujuh pelanggan dikompaun ingkar SOP

KUALA LUMPUR, 23 Ogos — Seorang pengurus pusat hiburan dan tujuh pelanggannya dikenakan kompaun berjumlah RM60,000 dalam serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Sungai Way, Petaling Jaya petang semalam kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) kawalan pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Empat individu ditahan guna identiti orang lain daftar vaksin Covid-19

MELAKA, 23 Ogos — Empat individu melibatkan seorang lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga asing ditahan kerana dipercayai menggunakan identiti orang lain bagi pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.