MAQIS rampas 8.9 tan makanan ikan dari China
SHAH ALAM, 14 Ogos — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas sejumlah 8,938 kilogram (kg) makanan ikan dari China di Pelabuhan Klang Barat, dekat sini, kelmarin.
Keutamaan vaksinasi remaja 12 hingga 17 tahun dengan masalah kesihatan
PUTRAJAYA, 14 Ogos — Golongan remaja berumur 12 hingga 15 tahun akan diberikan suntikan vaksin namun keutamaan adalah kepada individu yang mempunyai masalah kesihatan tertentu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
43.9 peratus penduduk dewasa Sabah sudah terima vaksin dos pertama
KOTA KINABALU, 14 Ogos — Lebih 1.17 juta atau 43.9 peratus penduduk dewasa di Sabah telah menerima dos pertama vaksin COVID-19, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Ibu Jamaludin Jarjis dibenar masukkan 3 juta saham dalam senarai harta pusaka
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Mahkamah Tinggi semalam membenarkan permohonan ibu Allahyarham Tan Sri Jamaludin Mohd Jarjis untuk memasukkan tiga juta unit saham syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd dalam senarai harta pusaka peninggalan anaknya.
Gabungan teknologi digital pamer kelainan sambutan hari kebangsaan 2021
KUALA LUMPUR, 14 Ogos — Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021 (HKHM 2021) sekali lagi disambut secara norma baharu namun dengan menampilkan kelainan melalui penggunaan teknologi komunikasi digital lebih maju, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek.