KKM siasat dakwaan kesilapan pemberian jenis vaksin bagi dos kedua di Sik, Kedah

BAGAN SERAI, 8 Ogos — Kementerian Kesihatan sedang menyiasat dakwaan bahawa berlaku kesilapan dalam pemberian jenis vaksin COVID-19 bagi suntikan dos kedua kepada seorang penerima di Sik, Kedah pada Khamis lepas.
Lelaki warga India ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas

SHAH ALAM, 8 Ogos — Polis menahan seorang lelaki warga India bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Seri Muda, Seksyen 25 di sini, bulan lepas.
‘Long Tiger’ didakwa rogol seorang wanita

MUAR, 8 Ogos — Seorang lelaki etnik Rohingya dikenali sebagai ‘Long Tiger’ mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita, dua tahun lepas.
Covid 19 : 88 kes dikesan libat Mesyuarat Khas Parlimen, penambahan tiga kes baharu

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Sejumlah 88 kes positif COVID-19 dikenal pasti sehingga kini termasuk penambahan tiga kes baharu berkaitan dengan Mesyuarat Khas Parlimen baru-baru ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Hafizh Syahrin kemalangan, tidak tamatkan perlumbaan di GP Austria

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah tidak dapat menamatkan perlumbaannya di Grand Prix (GP) Styria, Austria hari ini selepas mengalami kemalangan pada pusingan ke-16.
Lelaki tempatan dituduh bunuh, rompak pelancong Switzerland di Phuket

BANGKOK, 8 Ogos — Seorang lelaki warga tempatan dituduh merompak dan membunuh seorang pelancong Switzerland di pulau peranginan Phuket pada Khamis.
Selamat tinggal Tokyo 2020, jumpa di Paris 2024

TOKYO, 8 Ogos — Selepas lebih dari dua minggu mengikuti aksi sukan yang menakjubkan, temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 berakhir dengan kawah api kejohanan di Stadium Olimpik dipadamkan di sini malam ini, dan Tokyo menyerahkan baton kepada tuan rumah Olimpik 2024, Paris.
Kebenaran aktiviti pelancongan kepada individu lengkap vaksinasi bakal rancakkan kembali industri

KUALA LUMPUR, 8 Ogos — Kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri kepada individu yang lengkap dua dos vaksinasi COVID-19 di negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dapat merancakkan kembali industri pelancongan yang sudah lama terhenti akibat pandemik COVID-19.
Penyanyi Siti Sarah meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 9 OGOS: Penyanyi Siti Sarah Raissuddin dilaporkan meninggal dunia pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).