Perenang Amerika Syarikat terus bersinar di kolam renang

TOKYO, 29 Julai — Robert Finke,21, dari Amerika Syarikat (AS) memenangi emas acara 800 meter gaya bebas lelaki di Olimpik Tokyo 2020 sini pada Khamis.
Aaron-Wooi Yik mara ke separuh akhir selepas menewaskan pasangan Indonesia

TOKYO, 29 Julai — Pasangan regu lelaki badminton negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya melangkah mara ke peringkat separuh akhir dengan penuh bergaya apabila mereka mengejutkan pilihan pertama dari Indonesia, Kevin Sanjaya Sukamuljo-Marcus Fernaldi Gideon di Olimpik Tokyo di sini, hari ini.
Pelajar SMK Sacred Heart Sibu Menang Pertandingan Reka-Bentuk Aplikasi Mudah Alih

KUCHING: Pelajar SMK Sacred Heart Sibu memenangi pertandingan ‘Mobile Apps Hackathon 2021’ (MAC 2021) baru-baru ini dengan Aplikasi Medicare yang mereka reka-bentuk.
Zii Jia ke pusingan kalah mati, berdepan tugas sukar bertemu Chen Long

TOKYO, 29 Julai — Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia melangkah penuh bergaya ke pusingan kalah mati Sukan Olimpik Tokyo 2021, apabila mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan M, semalam.
Majikan dinasihat hantar pekerja terima vaksin COVID-19 di PPV KLCC ikut waktu janji temu

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Polis Diraja Malaysia menasihati majikan agar menghantar pekerja mereka terutama warga asing yang menerima suntikan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) mengikut waktu janji temu ditetapkan.
Op Patuh: Bapa ayam dan 16 warga asing ditahan

IPOH, 28 JULAI – Seorang lelaki dipercayai ‘bapa ayam’ warga tempatan dan 16 warga asing, ditahan dalam beberapa serbuan Jabatan Imigresen Negeri Perak menerusi Op Patuh, di pusat bandar raya, hari ini.
Pamer status halal di aplikasi pesanan makanan, meskipun dipercayai tidak mempunyai sijil pengesahan halal

SEREMBAN, 29 Julai — Sebuah restoran yang mempamerkan status sebagai premis halal dalam satu aplikasi pesanan makanan meskipun dipercayai tidak mempunyai sijil pengesahan halal diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan (KPDNHEPNS), semalam.
Aaliyah positif COVID-19, tarik diri dari kejohanan Remaja Dunia 2020

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Misi peluncur air remaja negara, Aaliyah Yoong Hanifah untuk mendapatkan kejuaraan dalam Kejohanan Remaja Dunia 2020 terpaksa dilupakan selepas beliau didapati positif COVID-19 dan terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.
SPRM sedia bekerjasama dengan IPT tingkat pemahaman rasuah

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi tempatan dalam usaha meningkatkan pemahaman mengenai rasuah dalam kalangan mahasiswa.
Kementerian Belia Sukan Sarawak anjur persidangan kesihatan mental belia Asia Tenggara sabtu ini

KUCHING, 29 Julai — Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan menganjurkan Persidangan Kesihatan Mental Belia Asia Tenggara yang melibatkan 300 peserta dari Asia Tenggara secara dalam talian pada Sabtu ini dari 8 pagi hingga 4 petang.