Op Patuh: Bapa ayam dan 16 warga asing ditahan

IPOH, 28 JULAI – Seorang lelaki dipercayai ‘bapa ayam’ warga tempatan dan 16 warga asing, ditahan dalam beberapa serbuan Jabatan Imigresen Negeri Perak menerusi Op Patuh, di pusat bandar raya, hari ini.
Pamer status halal di aplikasi pesanan makanan, meskipun dipercayai tidak mempunyai sijil pengesahan halal

SEREMBAN, 29 Julai — Sebuah restoran yang mempamerkan status sebagai premis halal dalam satu aplikasi pesanan makanan meskipun dipercayai tidak mempunyai sijil pengesahan halal diperiksa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Sembilan (KPDNHEPNS), semalam.
Aaliyah positif COVID-19, tarik diri dari kejohanan Remaja Dunia 2020

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Misi peluncur air remaja negara, Aaliyah Yoong Hanifah untuk mendapatkan kejuaraan dalam Kejohanan Remaja Dunia 2020 terpaksa dilupakan selepas beliau didapati positif COVID-19 dan terpaksa menarik diri daripada kejohanan itu.
SPRM sedia bekerjasama dengan IPT tingkat pemahaman rasuah

KUALA LUMPUR, 29 Julai — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedia bekerjasama dengan Institusi Pengajian Tinggi tempatan dalam usaha meningkatkan pemahaman mengenai rasuah dalam kalangan mahasiswa.
Kementerian Belia Sukan Sarawak anjur persidangan kesihatan mental belia Asia Tenggara sabtu ini

KUCHING, 29 Julai — Kementerian Belia dan Sukan Sarawak akan menganjurkan Persidangan Kesihatan Mental Belia Asia Tenggara yang melibatkan 300 peserta dari Asia Tenggara secara dalam talian pada Sabtu ini dari 8 pagi hingga 4 petang.