Sembilan menara komunikasi baharu tingkat capaian internet di Sabah

KOTA KINABALU, 28 Julai — Sembilan menara komunikasi baharu di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang beroperasi sejak 15 Jun lepas memberi manfaat kepada 6,520 penduduk di beberapa kampung di Kudat dan Pitas, daerah terletak di utara Sabah, bagi menikmati perkhidmatan jalur lebar lebih pantas dan berkualiti.