Bekas Ketua Penolong Pegawai Daerah didakwa terima suapan

JOHOR BAHRU, 27 Julai — Seorang bekas ketua penolong pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru di sini hari ini terhadap pertuduhan menerima suapan daripada seorang individu bagi pelaksanaan kerja projek bantuan rumah negeri Johor tahun lepas.