Kes Covid-19, kadar kemasukan ke Hospital dijangka menurun Ogos ini
PUTRAJAYA, 25 Julai — Kes COVID-19 serta kadar kemasukan ke hospital dijangka menurun bulan hadapan (Ogos), apabila 40 peratus populasi penduduk dewasa di negara ini lengkap divaksinasi, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.
Lelaki ditahan berurus niaga minyak masak bersubsidi lebih 8 tan tanpa lesen
SANDAKAN, 25 Julai — Seorang lelaki warga tempatan ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Fook Hin, Batu 14 di sini pada Jumaat lepas,kerana berurus niaga minyak masak bersubsidi lebih lapan tan tanpa lesen sah.
Guna saluran betul jika ada masalah berkaitan vaksin – Timbalan KPN
ALOR SETAR, 25 Julai — Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan saluran yang betul sekiranya mereka berdepan dengan sebarang isu berkaitan dengan pemberian vaksin COVID-19, dan bukan terus menularkannya.
Raja Arab Saudi salur bantuan Covid-19 kepada Malaysia – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Abdulaziz Al-Saud telah menitahkan “King Salman Centre for Relief and Humanitarian Action” supaya segera menyalurkan sumbangan peralatan perubatan dan sebarang keperluan untuk membantu Malaysia menangani cabaran COVID-19.
Saranan ujian ‘Covid Neutralizing Antibody Test’ luar bidang kuasa PDRM
KUALA LUMPUR, 25 Julai — Kenyataan yang menyarankan individu khuatir disuntik dengan vaksin kosong supaya melakukan ujian ‘COVID Neutralizing Antibody Test’ adalah di luar bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).