Olimpik : Hanya tiga daripada 8,000 orang yang tiba di Tokyo positif Covid-19

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Hanya tiga daripada lebih 8,000 orang yang tiba di Jepun dari 1 hingga 13 Julai untuk menyertai Sukan Olimpik Tokyo telah diuji positif COVID-19, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
PTPTN sedia pelbagai kemudahan dalam talian pastikan urusan pelanggan tidak terjejas

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyediakan pelbagai kemudahan dalam talian bagi memastikan urusan pelanggan tidak terjejas walaupun perkhidmatan kaunternya di seluruh negara ditutup ekoran pandemik COVID-19.
Tabung Haji beri kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Lembaga Tabung Haji (TH) akan memberikan kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi isu-isu berbangkit mengenai hasil pengauditan perunding-perunding dari 2014 hingga 2020.
Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak – Ras Adiba

KUALA LUMPUR, 14 Julai — Kerajaan disaran menubuhkan pasukan petugas khas membabitkan agensi penguatkuasa bagi membanteras jenayah penderaan kanak-kanak di negara ini.
263 rakyat Malaysia di Arab Saudi tunai haji tahun ini – Zulkifli

KUALA LUMPUR, 14 — Seramai 263 rakyat Malaysia di Arab Saudi layak menunaikan haji tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.