Lebih 400 petugas parlimen mula terima suntikan vaksin COVID

PUTRAJAYA, 30 Jun (Bernama) — Proses vaksinasi kepada lebih 400 petugas Parlimen dimulakan hari ini di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) sekitar ibu negara, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin.

无名英雄赠6万令吉医疗配备

不愿具名的善心人士捐赠总值6万令吉的8台肠内喂食泵及8台注射泵予美里医院,作为该院加护病房病患的所需配备。

Akad Nikah Dibenarkan Di Sarawak Mulai 1 Julai

KUCHING: Majlis Islam Sarawak membenarkan akad nikah dilaksanakan dalam tempoh Kawalan Pergerakan di bawah Pelan Pemulihan Negara di negeri ini mulai 1 Julai. 
Bagaimanapun mengikut garis panduan yang dikeluarkan MIS hari ini, akad nikah pasangan yang telah mendapat kebenaran berkahwin hanya boleh dilaksanakan di Pejabat Agama Islam Bahagian atau Daerah dan premis MIS dengan beberapa ketetapan. 
“Jumlah kehadiran maksimum adalah seramai lapan orang (termasuk jurunikah dan saksi) serta tertakluk kepada kapasiti ruang yang digunakan. 
“Majlis adat seperti pertukaran barang hantaran, menyarung cincin atau seumpamanya dan kenduri bagi meraikan akad nikah adalah tidak dibenarkan,” katanya. 
Lain-lain ketetapan yang wajib dipatuhi ketika pelaksanaan akad nikah ialah mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera dan menunjukkan status risiko dalam aplikasi tersebut kepada petugas pendaftaran masuk premis. 
Hanya individu yang berstatus risiko rendah serta suhu badan tidak melebihi 37.5 darjah celcius dibenarkan hadir. 
Pasangan akad nikah serta mereka yang hadir juga perlu sentiasa memakai pelitup mulut dan hidung, mencuci tangan menggunakan cecair pembasmi kuman, tidak berjabat tangan dan mematuhi masa temu janji yang telah ditetapkan. 
Manakala tempoh masa akad nikah bagi setiap pasangan tidak melebihi 20 minit termasuk lafaz taklik. 
MIS dalam pada itu mengingatkan semua untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan ini dan boleh dipinda dari semasa ke semasa. 

Rekod jaringan ‘SUPERMOKH’ dapat pengiktirafan FIFA

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Di sebalik kejayaan dua bintang bola sepak terkemuka dunia buat masa ini, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi, legenda bola sepak Malaysia Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari turut mendapat pengiktirafan antarabangsa dari Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

PBB desak Israel henti musnahkan harta benda rakyat Palestin

WASHINGTON, 30 Jun (Bernama) — Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa mendesak rejim Israel menghentikan tindakan memusnahkan harta benda rakyat Palestin di Baitulmaqdis, lapor Agensi Berita Anadolu.