Maqis Rampas Makanan Haiwan Dari Korea Selatan Bernilai Hampir RM300,000
SHAH ALAM, 22 Jun (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas makanan haiwan, gluten jagung dari Korea Selatan seberat 98,400 kilogram kerana gagal mengemukakan permit import yang sah, di Pelabuhan Klang Utara pada Ahad.
Segerakan Program Imunisasi Berkelompok Untuk Penggiat Industri Kreatif
KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) — Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) merayu kerajaan agar segera melaksana program imunisasi berkelompok untuk penggiat industri kreatif yang turut menyumbang kepada usaha menangani pandemik COVID-19 secara langsung mahupun tidak langsung.
Pemandu Jengkaut Maut Dihempap Jentera Berat Yang Dipandu
ALOR GAJAH, (Bernama) — Seorang pemandu jengkaut yang baharu hari pertama kembali bekerja, maut selepas dihempap jentera berat itu yang terbalik di satu kawasan kebun di Jalan Solok Air Besar, Kampung Brisu di sini pada Isnin.
SPRM Tahan Lelaki Rasuah Penguatkuasa Untuk Lindungi Kegiatan Judi Haram
KOTA KINABALU, 21 Jun (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki berusia 42 tahun dipercayai merasuah anggota penguatkuasa sekitar Tawau bagi melindungi kegiatan judi haram kumpulannya, kira-kira 11 pagi tadi.
Sarawak Perlu Bangunkan Guru Tempatan Atasi Kekurangan Guru – Jaziri Alkaf
KUCHING, 21 Jun (Bernama) — Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian berkata Sarawak perlu membangunkan guru sendiri bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengajar di negeri itu pada masa hadapan.