Pemandu lori bawa 48 pekerja positif COVID-19 disaman, majikan disiasat

gambar kredit : Shahanim Mohamad Yusoff

SUNGAI PETANI, 13 Jun — Polis mengenakan saman serta-merta terhadap seorang pemandu lori selepas didapati membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif COVID-19 secara terbuka di sekitar bandar ini seperti tular di media sosial petang tadi.