PKP: Gadis Penghantar Makanan Bantu Ringankan Beban Ibu

KANGAR, 25 Mei – Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan untuk membendung penularan COVID-19, memberi rezeki kepada seorang gadis yang bekerja sambilan sebagai penghantar makanan di sebuah restoran makanan segera di sini bagi meraih pendapatan untuk membantu keluarganya.