Sabah Benarkan Pengangkutan Awam Beroperasi Bermula Isnin

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah memutuskan untuk membenarkan operasi pengangkutan awam seperti perkhidmatan bas ekspres, bas persiaran, bas henti-henti, kereta api, perkhidmatan feri awam dan bot penumpang yang melibatkan rentas negeri dan daerah mulai 7 Dis ini.