MCMC Nasihat Pengguna Media Sosial Berwaspada Dengan Akaun Palsu

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memberi peringatan kepada orang ramai supaya sentiasa menjauhi dan berwaspada dengan kewujudan akaun-akaun palsu yang berleluasa di laman media sosial.
KPDNHEP WPKL Rampas Cermin Mata, Topi Tiruan Bernilai RM1.5 Juta

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur merampas 36,722 unit cermin mata dan topi tiruan pelbagai jenama dianggarkan bernilai RM1.5 juta dalam serbuan di dua premis di sekitar Chow Kit pada Khamis.
UiTM Sarawak, Stoma Bekerjasama Bangunkan Sistem Rawatan Air Sungai

KOTA SAMARAHAN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sarawak telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan syarikat tempatan, Stoma Sdn Bhd pada Khamis untuk bekerjasama membangunkan sistem merawat dan meningkatkan kualiti air sungai.
Pagar Dipanjat Pekerja Top Glove Masih Dalam Kawasan PKPD – Polis

SHAH ALAM: Pagar asrama pekerja yang dipanjat pekerja Top Glove, Meru, seperti dilaporkan pihak media sebelum ini, masih berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), jelas Polis Selangor.
KWSP Akan Pertimbang Setiap Pemohonan i-Sinar Di Bawah Kategori Kedua

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mempertimbangkan setiap pemohonan kemudahan i-Sinar di bawah kategori kedua, kata Ketua Pegawainya Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias.
Benjamin Mora Terima Anugerah Kehormat Mexico

JOHOR BAHRU: Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT) Benjamin Mora telah menerima Anugerah Kehormat Mexico daripada kerajaan negara berkenaan, sebagai mengiktiraf pencapaian beliau bersama kelab itu, selain mempromosikan imej baik Mexico.
Alena Murang Raih Anugerah Di Festival Video Muzik Buenos Aires 2020

KUCHING: Penyanyi dan bintang sape kelahiran Sarawak Alena Murang mengharumkan nama negara apabila meraih Anugerah Penggayaan Terbaik pada Festival Video Muzik Buenos Aires 2020 (BAMVFEST20) di Argentina yang berakhir 29 Nov lepas.
KKMM Tubuh Unit Komunikasi OKU, Pertingkat Komunikasi Dua Hala – Saifuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menubuhkan Unit Komunikasi Orang Kurang Upaya (OKU) bagi meningkatkan fasilitasi komunikasi dua hala di antara kerajaan dan golongan berkenaan.