Pembinaan Velodrom Azizulhasni Awang Dijangka Siap 2022

DUNGUN: Pembinaan velodrom Azizulhasni Awang di Balai Besar di sini yang sekian lama dinanti rakyat Terengganu akhirnya telah mula dibina pada Disember tahun lepas dan dijangka siap April 2022.
RCEP Berikan Harapan Untuk Malaysia Capai Pemulihan Ekonomi Lebih Cepat: MGBF

KUALA LUMPUR: Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) iaitu perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia yang dimeterai baru-baru ini, akan menyaksikan penghasilan kerangka kerja untuk kerjasama dan harapan ke arah pemulihan ekonomi yang lebih awal.
Rajagobal Antara Tiga Calon Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Brunei

KUALA LUMPUR: Bekas pengendali skuad Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal dikatakan sebagai antara tiga calon jurulatih yang disenarai pendek sebagai ketua jurulatih baharu pasukan bola sepak kebangsaan Brunei.
Bekas Pemain Bola Sepak NS Didenda RM8,000 Kerana Kemuka Dokumen Palsu

SEREMBAN: Bekas pemain pertahanan pasukan bola sepak Negeri Sembilan hari ini didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu bagi permohonan pindahan wang, September lepas.
PRK Gerik Perlu Diadakan Selari Ketetapan Perlembagaan – UMNO Perak

GERIK: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Gerik perlu diadakan kerana kekosongan kerusi kawasan itu berlaku dalam tempoh tiga tahun pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang diadakan pada Mei 2018, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad.
MDV Mahu Tingkatkan Sumbangan Cergaskan Kembali Ekonomi, Buka Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR: Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) sedang meneliti inisiatif seterusnya bagi menyahut saranan Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) meningkatkan sumbangan yang dirancang bagi mencergaskan kembali ekonomi dan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.
ADUN Bugaya Meninggal Dunia

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya Datin Manis Muka Mohd Darah meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Gleneagles Kota Kinabalu di sini malam tadi akibat masalah buah pinggang.
RM700,000 Diperuntukkan Kepada 200 Peniaga Kecil Wanita Di Perak

IPOH: Sebanyak RM700,000 diperuntukkan kepada 200 peniaga kecil wanita di seluruh Perak bagi membantu golongan itu menjana pendapatan dan mengembangkan perniagaan yang diceburi.
10 Individu Ditahan Dalam Pesta Liar Dan Dadah

BUTTTERWORTH: Sepuluh individu termasuk empat remaja perempuan yang sedang leka berpesta liar termasuk menghisap dadah terkejut selepas bilik hotel disewa mereka di Jalan Raja Uda, di sini diserbu polis sebelum kesemua ditahan awal pagi tadi.
COVID-19: Kadar Kesembuhan Lebih Tinggi Berbanding Dua Gelombang Sebelum Ini – Dr Adham

KUALA LUMPUR: Malaysia berjaya mengimbangi kes positif jangkitan COVID-19 dan pesakit yang sedang dirawat di hospital dengan kadar kesembuhan lebih tinggi berbanding ketika gelombang pertama dan kedua pandemik itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.