Bob, Zak, Fay dan Hana mula faham sifat Datuk Ibrahim yang sebenarnya. Dan adakah Danny benar-benar setia dengan keluarga Datuk Ibrahim? Atau ada tawaran lain yang lebih lumayan? Saksikan kesudahan drama keluarga ini, happy ending atau sebaliknya.
Hubungan yang baru pulih diduga lagi dengan terungkainya muslihat Datuk Ibrahim. Dalam masa yang sama, datang lagi masalah lain menimpa keluarga ini apabila keadaan bisnes semakin teruk dan rumah pusaka menjadi taruhan.
Fay masih marah dan kecewa. Bob, Zak, Hana mahu memujuk. Mereka bersatu lawan Datuk Iskandar. Rahsia digunakan untuk menang. Iskandar dilamun cinta, Cecilia tiba. Bob, Hana berbaik, tapi penipuan terbongkar.
Hantu Datuk Ibrahim ganggu Datin Sofea hingga pindah ke cabin seorang diri. Datuk Ibrahim hampir kantoi. Bob dan Miko semakin dekat. Fay dipilih menentang Danny di Board. Fay bimbang keluarga kecewakan dia.
Hubungan Loni dan Datuk Iskandar terbongkar. Zak ingin menawan hati Loni dengan bajet terhad. Bob, Fay, dan Hana merancang cita-cita untuk mereka. Zak berjaya menawan hati Loni? Danny mempersulitkan. Madam Cecilia tiba, menambah huru-hara.
Bob, Zak, Fay, dan Hana hampir putus asa mencari staff baru. Zak jatuh hati pada Loni. Archibald Constantino menginap di Hotel Serapi. Pegawai Kesihatan datang untuk audit. Keempat bersiap sedia, ditambah dengan kehadiran makhluk kecil. Mereka bersatu menyelamatkan Hotel Serapi.
Tugas berat menanti Bob, Zak, Fay, dan Hana di Hotel Serapi, tapi tak semudah jangkaan. Datin Sofia turut datang membantu, tapi nasib tak menyebelahi. Keempat adik berusaha, tapi Danny serba salah dengan idea mereka.
Bob heran melihat Fay dan Hana tiba-tiba menjadi sahabat karib. Sementara itu, Zak masih dalam kesedihan, dan Fay masih alergi. Lawyer Gomez kembali dengan persetujuan mereka menerima syarat wasiat terakhir Datuk Ibrahim. Bob, Fay, dan Hana ragu meninggalkan hidup lama mereka, sementara Zak bersemangat. Siapakah yang akan menjadi Chairman Hotel Serapi? Bob? Zak? Fay? Hana? Atau?
Bob, Zak, Fay, dan Hana memimpin perniagaan Datuk Ibrahim. Meskipun bertengkar, mereka bersatu. Hana curiga pada gerak geri Danny. Apakah rahsia di sebalik kematian Datuk Ibrahim? Fay menyelamatkan Hana, lalu Hana membantunya.
Wasiat terakhir Datuk Ibrahim menarik perhatian Bob, Zak, Fay, dan Hana. Meskipun berbeda seperti anjing dan kucing, mereka akhirnya setuju. Dengan cabaran yang dihadapi, wasiat ini menjanjikan penyelesaian bagi semua masalah mereka. Keempat adik itu akhirnya setuju dengan syarat yang diberikan.
Sambutan hari jadi meriah, tapi Datuk Ibrahim kecewa. Keempat adik beradik hadir, tapi nampaknya lebih berminat pada harta warisan daripada sebagai keluarga. Datuk Ibrahim sedih menyedari bahawa hari jadi tidak menyatukan mereka seperti yang diharapkan, tapi dia tidak putus asa.
Danny, orang kanan Datuk Ibrahim, berusaha untuk meyakinkan keempat adik-beradik untuk datang ke sambutan hari jadi Datuk Ibrahim dengan menawarkan ganjaran yang lumayan, susah untuk ditolak.
Tetapi hanya Zak, Fay, dan Hana bersetuju untuk datang. Kemanakah Bob menghilang? Mereka semua tahu tiada siapa antara mereka akan dapat menerima duit ganjaran tadi sekiranya salah satu diantara mereka tidak muncul. Bob perlu dicari.
Datuk Ibrahim, seorang usahawan berjaya, menyedari kepentingan memiliki keluarga bahagia. Dengan usia yang meningkat, dia memulakan misi sulit untuk mengumpulkan kembali keempat anaknya: Bob, Zak, Fay, dan Hana, yang memiliki agenda masing-masing. Namun, seperti pepatah, “setiap ada yang berjaya, pasti ada yang dengki.” Adakah Datuk Ibrahim berjaya dalam misinya?