Paip gas 500 meter terbakar punca kebakaran besar, penduduk diarahkan pindah – JBPM Selangor

SHAH ALAM, 1 April: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan kebakaran besar di Puchong pagi tadi berpunca akibat kebakaran paip gas sepanjang 500 meter di sebuah stesen minyak di Jalan Putra Harmoni, berhampiran kawasan perumahan awam.