Kilang karpet terbakar: JAS N.Sembilan pasang alat ukur kualiti udara

NILAI, 21 Feb: Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) memasang alat pengukur kualiti udara bagi memantau tahap kualiti udara di kawasan sekitar berikutan kejadian kebakaran di Nilai 3 di sini pagi tadi.