Kawalan, pemantauan 151 pos PGA ditingkatkan untuk kekang penularan Mpox

KUALA KRAI, 27 Ogos: Pasukan Gerakan Am (PGA) negara diarah meningkatkan kawalan di semua 151 pos keselamatan di bawah kendalian mereka dalam usaha mengekang penularan penyakit cacar monyet atau dikenali sebagai Mpox ke dalam negara, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.