Bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati

PUTRAJAYA, 23 Julai: Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain tujuh tahun lepas.