Air mata bapa gugur selepas Ahmad Azza Fahmi hilang dari pandangan selama-lamanya

TAPAH, 18 Mei: Meskipun cuba menahan kesedihan, Azhar Khaiden tidak lagi mampu membendung air mata selepas jenazah anaknya Konstabel Ahmad Azza Fahmi yang terkorban dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor semalam, dikebumikan petang tadi.