Pesawat dilihat terbang ‘tidak betul’, jatuh menjunam – saksi

KAPAR, 13 Feb: Seorang penduduk di Kampung Tok Muda di sini, di kawasan sekitar tempat kejadian pesawat ringan model BK 160 Gabriel terhempas tengah hari tadi berkata, beliau melihat pesawat itu terbang dalam keadaan ‘tidak betul’ di udara sebelum terhempas.