Indonesia kutuk serangan udara Israel di Rafah

JAKARTA, 13 Feb: Indonesia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas kem pelarian di Rafah baru-baru ini, yang mengakibatkan banyak kematian melibatkan orang awam Palestin, selain rancangan rejim Zionis untuk melancarkan serangan darat di bandar itu.