Jumlah mangsa banjir di Johor, Pahang meningkat tengah hari ini

KUALA LUMPUR, 8 Jan: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang terus meningkat dengan sebanyak 8,578 mangsa berlindung di 78 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 12 tengah hari ini berbanding 5,394 mangsa di 63 PPS, pagi tadi.