Kes seleweng dana negara RM2.3 bilion: SPRM sita Menara Ilham

KUALA LUMPUR, 22 Dis: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyita bangunan Menara Ilham di sini pada Isnin lepas dipercayai berkaitan kes penyelewengan dana negara berjumlah lebih RM2.3 bilion membabitkan seorang tokoh korporat dan bekas menteri kanan.