Tol percuma pada 23, 26 Disember sempena Krismas – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR, 21 Dis: Kerajaan bersetuju memberikan tol percuma selama dua hari pada 23 dan 26 Dis kepada pengguna lebuh raya bagi semua jenis kenderaan bersempena dengan perayaan Hari Krismas Isnin depan, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.