Tambang percuma OKU untuk semua perkhidmatan Prasarana mulai 1 Feb

KAJANG, 21 Dis: Semua pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) bakal menikmati tambang percuma bagi semua perkhidmatan kenderaan awam kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mulai 1 Feb 2024, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.