Brunei, Indonesia, Malaysia keluar kenyataan di APEC, gesa gencatan senjata segera di Gaza

SAN FRANCISCO, 17 Nov: Brunei, Indonesia dan Malaysia menggesa supaya gencatan senjata dan perdamaian kemanusiaan yang berkekalan dicapai di Semenanjung Gaza, dan seterusnya membawa kepada berakhirnya sengketa permusuhan di kawasan berkenaan.