Dadah lebih RM1.2 juta dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching

KUCHING, 16 Nov: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak berjaya merampas dadah jenis methamphetamine atau syabu dengan nilai dianggarkan lebih RM1.2 juta.