Harimau Malaya boleh ‘makan’ Kyrgyzstan, Taiwan – Hamidin

PETALING JAYA, 14 Nov: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin optimis Harimau Malaya mampu mengatasi Kyrgyzstan dan Taiwan dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.