Rakyat Malaysia di Gaza selamat dievakuasi melalui lintasan sempadan Rafah

PUTRAJAYA, 13 Nov: Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad (12 Nov) pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).