Tukang gunting rambut direman susulan bayi ditemukan dalam bakul pakaian

ALOR SETAR, 15 Okt: Seorang tukang gunting rambut direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penemuan seorang bayi perempuan baharu lahir di dalam bakul pakaian di kawasan ladang getah di Kampung Datuk Syed Ahmad, Pendang dekat sini pada Jumaat.