Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jasad Kamarau yang hllang di hutan kecil dekat Taman Perpaduan, Kuching, dijumpai pagi ini diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Pencari rebung dijumpai meninggal dunia di hutan dekat Taman Perpaduan

KUCHING, 14 Okt: Seorang lelaki yang hilang ketika mencari rebung dalam hutan kecil berdekatan Taman Budaya di sini semalam, dijumpai meninggal dunia pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Sarawak berkata jasad Kamarau Adong, 50, dijumpai pada 10.30 pagi.

Jasadnya dikesan oleh Unit Dron, Polis Diraja Malaysia dalam semak di lokasi dua meter dari tepi jalan.

“Mangsa disahkan pihak Kementerian Kesihatan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya menerusi kenyataan.

Usaha mencari Kamarau digerakkan bomba, polis dan Angkatan Pertahanan Awam selepas menerima laporan kehilangan daripada isterinya pada petang Jumaat.

Dia dan isterinya masuk ke hutan berkenaan pada kira-kira 7 pagi.

Pencarian yang bermula malam tadi dihentikan pada tengah malam dan disambung pagi ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan