Belanjawan 2024: RM12.4 bilion diperuntukkan untuk Sabah dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 13 Okt: Usaha menzahirkan kesepakatan yang dicapai pemimpin dahulu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus direalisasikan Kerajaan Perpaduan dalam Belanjawan 2024 Malaysia MADANI, dengan sejumlah RM12.4 bilion diperuntukkan untuk pembangunan di Sabah dan Sarawak.