Gantung operasi: MYAirline tidak bertanggungjawab, 125,000 penumpang terjejas – Loke

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mendedahkan bahawa mereka hanya mengetahui keputusan mengenai penggantungan operasi oleh MYAirline Sdn Bhd (MYAirline) lewat malam semalam.