Kembara Kenali Borneo menuju ke Kuching hari ini

SIBU, 12 Sept: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meneruskan penjelajahan Kembara Kenali Borneo menuju ke Kuching hari ini, melibatkan perjalanan sejauh 398 kilometer (km) dari sini.