SIRI 1: Pelantar minyak usang dinyahtauliah, sinar kepada laut Sarawak

KUCHING, 29 Ogos: Kelestarian hidupan marin demi keterjaminan habitat perairan di Sarawak telah menyaksikan negeri ini menjadi negeri pertama di Malaysia melabuhkan tukun tiruan daripada pelantar minyak terpakai yang dinyahtauliahkan.