Kerajaan Sarawak sedia RM160 juta baiki sekolah daif di Limbang

LIMBANG, 17 Ogos: Kerajaan Sarawak menyediakan peruntukan sebanyak RM160 juta di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) untuk membaik pulih serta membina bangunan baharu sekolah daif di Limbang, kata Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.