KWSP catat jumlah pendapatan pelaburan RM33.19 bilion pada separuh pertama 2023

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM33.19 bilion bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun, 2023 (1H 2023), peningkatan sebanyak RM9.44 bilion, berbanding RM23.75 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2022.