Sarawak ambil alih MASWings untuk pacu ekonomi, mudahkan kemasukan pelabur asing – Abang Johari

KUCHING, 20 Julai: Usaha Kerajaan Sarawak membangunkan sektor pengangkutan udaranya menerusi pengambilalihan MASWings bertujuan untuk memacu pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.