Abang Johari solat sunat Aidiladha bersama 5,000 umat Islam

KUCHING, 29 Jun: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini menunaikan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama hampir 5,000 umat Islam di Masjid Jamek Negeri Sarawak.
Gerald Rentap taja enam orang penduduk DUN Layar tunai haji tahun depan

BETONG, 29 Jun: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar, Dato Gerald Rentap Jabu akan menaja enam orang penduduk di enam buah kampung Melayu di Betong untuk menunaikan ibadah haji tahun hadapan.
Pandelela calon Olahragawati Kebangsaan 2022

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Juara bertahan beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik merupakan antara calon yang tersenarai bagi merebut gelaran Olahragawan Kebangsaan pada Anugerah Sukan Negara 2022.
Sambutan Aidiladha bersama keluarga, penghuni penjara sifatkan PBSL peluang kedua

POKOK SENA, 29 Jun: Penghuni Penjara Pokok Sena yang dibebaskan melalui Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) hari ini menyifatkan ia sebagai peluang kedua kerana membolehkan mereka menyambut Aidiladha bersama keluarga.
Wabak HFMD di Indonesia beri impak terhadap jualan ternakan pada Aidiladha

JAKARTA, 29 Jun: Penyakit kaki dan mulut (HFMD) menyerang haiwan ternakan yang berleluasa di Indonesia telah memberi impak ketara terhadap permintaan bekalan lembu dan kambing untuk perayaan Aidiladha kali ini.