Kerjasama erat untuk pertahankan minyak sawit, produk pertanian – Fadillah

BRUSSELS, 30 Mei: Malaysia dan rakyatnya harus bekerjasama erat untuk mempertahankan khususnya minyak sawit dan produk komoditi pertanian negara secara amnya daripada peraturan-peraturan yang tidak adil, kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof.