Anak Fazura terima hadiah hari jadi istimewa daripada Permaisuri Selangor

Kredit Instagram Fazura

Anak pasangan popular, Fazura dan Fattah Amin iaitu Nur Fatima Aisya menerima seutas rantai berlian daripada Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman hari ini. Rantai beserta loket berlian tersebut direka khas dengan abjad F bersempena nama Fatima.