Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sabah Peroleh Pelaburan Bernilai RM4.2 Bilion Bagi Pemprosesan ‘Copper Foil’

KOTA KINABALU: Sabah berjaya memeterai pelaburan bernilai RM4.2 bilion bagi pemprosesan ‘Copper Foil’ dan merupakan antara pelaburan terbesar direkodkan negeri itu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata pelaburan yang dibuat syarikat berpangkalan di Kota Kinabalu itu nanti bakal menjanjikan peluang pekerjaan kepada kepada penduduk tempatan.

“Kita telah mengadakan lawatan kerja ke tapak pembinaan kilang ‘Copper Foil’ SK Nexilis (M) Sdn Bhd untuk melihat perkembangan pembinaan kilang berkenaan kelmarin.

“SK Nexilis membuat pelaburan sebanyak RM4.2 bilion dan ini merupakan pelaburan terbesar yang dimeterai dan telah bertapak di Sabah secara rasminya.

“Apabila pembinaan kilang cooper foil ini siap sepenuhnya, ia akan membuka lebih 400 peluang pekerjaan di mana 80 peratus akan diambil daripada penduduk tempatan.” Katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.

Pada Jumaat Joachim ditemani Setiausaha Tetap kementerian, Thomas Logijin dan Timbalannya, Benedict Bisoni telah melawat tapak bagi melihat proses pembinaan kilang tersebut di Kota Kinabalu Industrial Park KKIP.

Tambah Joachim kilang itu nanti memerlukan lebih kurang 20 jurutera apabila ia siap sepenuhnya pada tahun 2023. 

Pada 23 Mac lalu, K.K.I.P Sdn. Bhd telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama SK Nexilis (M) Sdn. Bhd bagi pembangunan industri ‘copper foil’ yang disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Tags: sabah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan