Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
oznorHB

Seramai 1,966 remaja di Bau dijangka selesai vaksinasi pada Oktober

ByOdleen Catherny

BAU, 9 Sept : Seramai 1,966 orang remaja di daerah Bau dijangka akan selesai menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 menjelang Oktober.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata, suntikan dos pertama bagi kumpulan umur 16 hingga 17 tahun serta 12 hingga 15 tahun berkomorbid dijangka selesai dalam tempoh empat hari selepas program vaksinasi bermula.

“Jumlah ini adalah mereka yang mendaftar melalui pihak sekolah dan Pejabat Daerah Bau termasuklah remaja yang tidak bersekolah,” katanya.

ADUN Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memantau proses vaksinasi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Singai,di sini hari ini.

Katanya, bagi penerima yang tidak hadir pada tarikh vaksinasi ditetapkan disebabkan pelbagai masalah seperti logistik, sedang menjalani kuarantin atau sebagainya, nama mereka akan dikumpul dan diserahkan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan tarikh baharu.

“Apa yang pasti, peluang mereka untuk mendapatkan vaksin tidak akan dinafikan,” jelasnya.

Proses vaksinasi yang pertama untuk remaja di Bau bermula hari ini di SMK Singai dengan 315 remaja dijadual hadir untuk mendapatkan dos pertama masing-masing.

Untuk rekod, seramai 2,932 remaja 12 hingga 17 tahun telah mendaftar untuk divaksinasi di Daerah Bau.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan