Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Permohonan Sektor ICT Dan e-Dagang Beroperasi Semasa PKP Boleh Dibuat Melalui CIMS 3.0

KUALA LUMPUR: Permohonan daripada syarikat sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan e-Dagang untuk beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 1 hingga 14 Jun ini boleh dibuat melalui portal Sistem Pengurusan Pintar COVID-19 (CIMS) 3.0.

Dalam kenyataan hari ini, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berkata syarikat yang sudah sedia berdaftar melalui CIMS 2.0, mereka tidak perlu mendaftar semula dan boleh memuat turun surat kebenaran beroperasi mulai jam 8 malam, 31 Mei 2021.

“Bagi syarikat yang belum mendaftar, boleh berbuat demikian bermula 8 pagi, 1 Jun 2021,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai proses permohonan di CIMS 3.0, boleh layari www.miti.com.my, hubungi 1-800-88-8338 / +603-83153000 atau e-mel kepada clic@mdec.com.my.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan